Tiga filem Kuman Pictures yang pertama ialah:
1. #TwoSistersMovie yang ditayang pada April 2019
2. #filemROH yang ditayang pada Ogos 2020 (masih ditayang, sempat lagi ni)
3. #IRULGhostHotel yang siap sepenuhnya, tunggu slot tayangan.
Selain itu, kami bertindak sebagai Penerbit Bersekutu (Associate Producer) untuk filem Astro Shaw RAHSIA (remake filem 1987) yang telah siap penggambaran pada awal Mac 2020 dan dijadualkan untuk masuk pawagam pada 2021.
Sukacita kami umumkan 3 filem kami yang selanjutnya. Skrip semuanya sudah melalui beberapa draf.
1. #filemCEROBOH arahan Feisal Azizuddin, tulisan Chong Keng Fatt. Thriller, alien, paranoia, pencerobohan minda.
2. #DieDieTopStudent (考什么鬼) arahan We Jun, tulisan Lim Boon Siang. Seram-komedi, remaja, kiasu kiasi, hantu.
3. #filemKEREK arahan Alif Yazid, tulisan Qayyum Yazid & Alif Yazid. Thriller, asrama sekolah, pembunuhan-tanpa-sengaja-dan-apakah-akibatnya?
CEROBOH akan mula penggambaran dulu: Disember 2020. Jangan lupa like & folo untuk tahu perkembangan seterusnya cewah.